Sunday, 25 March 2012


CanCun Park, Pasir Mas,Kelantan

(kump.1 siri 9/2012)

 

      Kem CanCun Park menjadi medan tempat berkumpulnya seramai 419 orang remaja dalam menyahut seruan kerajaan. Kem ini terletak di daerah Pasir Mas di negeri kelantan.
      Kem ini di tadbir oleh seorang komanden, Leftenan Kolonel Zahari b. Harun dan dibantu oleh Kept. Halidi b. Ahtor dan Mejor bersara Prigandi b. Ab. Rahman..

   Antara aktiviti yang terdapat dalam PLKN ialah khidmat komuniti. Tahun ini, peserta           PLKN telah mengadakan aktiviti khidmat komuniti di kampung Baroh Pial. Antara aktiviti yang dijalankan di Kg Baroh Pial ialah gotong-royong membersihkn kubur,  membersihkan surau, program derma darah, dan gotong-royong menyiang daging.Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk mendekatkan diri para peserta dengan  masyarakat khususnya penduduk di Kg Baroh Pial.   


      Sepanjang program latihan khidmat negara ini berlangsung, Wira Ahmad Hakiman telah terpilih sebagai pelatih terbaik siri ini. Beliau merupakan ketua kompeni Bravo dan ahli dorm Penaga dalam kem tersebut. Beliau merupakan seorang pelatih yang sangat menonjol dan mempunyai daya kepimpinan yang sangat tinggi.









       Pada malam terakhir di kem CanCun Park, pihak PLKN mengadakan majlis Malam Seribu Bintang sebagai kenang-kenangan untuk setiap pelatih. Pada malam tersebut, terdapat beberapa pelatih yang mengadakan persembahan seperti sketsa,pentomin, dan tarian pelbagai kaum.